top of page
  • Wartawan Nabalu News

Anwar: Pelancongan boleh tingkatkan ekonomi dan pendapatan rakyat



24 Januari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sektor pelancongan mempunyai potensi untuk menjana aktiviti ekonomi dan memberi manfaat kepada sektor-sektor lain yang berkaitan.


Beliau berkata ini termasuklah dalam usaha meningkatkan pendapatan rakyat, khususnya

di kawasan luar bandar yang mempunyai tarikan pelancongan.


“Kerajaan perlu cepat membangunkan produk dan infrastruktur pelancongan bersama pemain sektor swasta,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.


Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan dan Kebudayaan (JKPK) yang dihadiri oleh menteri-menteri dan pegawai kanan jabatan serta agensi kerajaan yang berkaitan.


"Saya turut singgung pentingnya mempermudah dan mempercepatkan proses kelulusan berkaitan, serta menambah baik operasi khususnya di lapangan terbang.


“Di samping itu, kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun 2025 perlu dimanfaatkan sebagai pemangkin dalam mencapai sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026),” katanya.


Beliau berkata mesyuarat jawatankuasa itu bertujuan menyelaras pembangunan industri pelancongan dan kebudayaan dalam memajukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan pilihan utama dunia.

 

Comentários


bottom of page