top of page

Anwar, Prabowo adakan pertemuan dalam masa terdekat

  • nabalunews
  • 4 hours ago
  • 1 min read

24 Mac 2026


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Jakarta, Indonesia.


Anwar berkata, ia sebagai langkah memperkukuh hubungan dua hala yang sedia erat serta membincangkan isu semasa khususnya persediaan kedua-dua negara dalam mendepani impak konflik di Asia Barat.


“Sewaktu panggilan telefon bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, semalam, kami bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa, termasuk konflik Iran-Israel.


“Kami bersetuju untuk mengatur pertemuan dalam masa terdekat, termasuk cadangan saya untuk berkunjung ke Jakarta sebagai langkah memperkukuh hubungan dua hala yang sedia erat,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.


Anwar berkata, beliau dan rakan sejawatnya itu turut bertukar pandangan mengenai konflik Iran–Israel serta kepentingan pendekatan diplomasi yang berterusan.


Beliau menegaskan Malaysia akan terus menyokong dan memperkukuh usaha diplomasi dalam meredakan konflik di Asia Barat.


“Kami berdua bersama menggesa kepada keamanan dan saya memaklum Presiden Prabowo bahawa Malaysia akan terus menyokong dan memperkukuh usaha diplomasi dalam meredakan konflik Iran–Israel.


“Ia supaya ketegangan dapat diredakan, nyawa orang awam dilindungi, serta ruang rundingan yang bermakna dapat dibuka ke arah penyelesaian yang aman dan berkekalan,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page