top of page

Anwar Terima Kunjungan Menteri Pertahanan Singapura

  • nabalunews
  • 9 minutes ago
  • 1 min read

ree

26 Ogos 2025


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Singapura, Chan Chun Sing.


Anwar berkata, dalam pertemuan itu perbincangan tertumpu terhadap kerjasama strategik dalam bidang keselamatan dan pertahanan serantau, selari dengan aspirasi ASEAN untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di Asia Tenggara.


“Saya turut menyampaikan penghargaan kepada Singapura kerana menyokong dialog damai antara Kemboja dan Thailand.


"Saya juga menyampaikan ucapan tahniah sempena ulang tahun kemerdekaan ke-60 Singapura,” katanya menerusi hantaran di media sosialnya hari ini.


Anwar turut menzahirkan harapan terhadap Sesi Pemukiman Tahunan Pemimpin Malaysia-Singapura yang dijadual berlangsung Disember ini dalam usaha memperkukuh hubungan kedua-dua negara.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page