Anwar-Tun Musa bincang pembangunan, kesejahteraan rakyat Sabah
- nabalunews
- 13 hours ago
- 1 min read

13 Februari 2026
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Kompleks Seri Perdana, semalam, dalam pertemuan yang memberi tumpuan terhadap agenda pembangunan negeri itu.
Anwar berkata, perbincangan tertumpu kepada perancangan pembangunan serta pertumbuhan ekonomi Sabah, selain usaha memperkukuh kebajikan dan kesejahteraan sosial rakyat.
"Bicara kami turut tertumpu pada usaha memastikan rakyat Sabah tidak lagi dinafikan hak untuk menikmati infrastruktur asas seperti air dan elektrik," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Menurut beliau, pertemuan itu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam memastikan pembangunan Sabah dilaksanakan secara inklusif dan berfokus kepada keperluan rakyat.
"Pertemuan ini mengukuhkan tekad bersama untuk membangunkan Sabah secara adil dan menyeluruh berpaksikan keperluan sebenar rakyat, agar kemajuan yang dikecapi benar-benar dirasai oleh seluruh warga Sabah,” katanya.


















Comments