top of page

Anwar ucap tahniah kepada Perdana Menteri Thailand baharu

  • nabalunews
  • Sep 8, 2025
  • 1 min read

8 September 2025


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Thailand yang baharu Anutin Charnvirakul.


Anwar berkata, Malaysia berharap untuk terus memperkukuh kerjasama erat dengan Thailand, khususnya dalam membangunkan sempadan bersama, memajukan perdagangan serta mempromosikan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.


“Thailand memainkan peranan penting dalam memelihara dan menegakkan kestabilan serantau dalam ASEAN.


“Kepimpinan Perdana Menteri Anutin akan menjadi penting ketika negara itu melangkah ke fasa seterusnya dalam perjalanan demokrasinya,” katanya menerusi hantaran ringkas di media sosial.


Anutin, 58, yang merupakan ketua parti Bhumjaithai, secara rasmi memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Thailand ke-32 pada Ahad, selepas menerima perkenan diraja, sekali gus menandakan lembaran baharu dalam kepimpinan politik negara itu.


Beliau menggantikan Paetongtarn Shinawatra yang disingkirkan oleh Mahkamah Perlembagaan atas pelanggaran etika menteri berhubung panggilan telefon kontroversi dengan Presiden Senat Kemboja sebelum tercetusnya konflik sempadan berdarah pada Julai lalu.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page