Apa hasil siasatan ke atas MP lain? - Syed SaddiqApa hasil siasatan ke atas MP lain? - Syed Saddiq
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Apa hasil siasatan ke atas MP lain? - Syed Saddiq


24 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mempersoalkan hasil siasatan ke atas beberapa ahli politik lain di negara ini yang sebelum ini disiasat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).


“Apa hasil siasatan (ke atas) YB Xavier selepas lompat? Apa hasil siasatan YB Pasir Salak selepas sokong PN?


“Kenapa lepaskan Musa Aman? Kenapa lepaskan bekas Timbalan Presiden PAS dari 16 tuduhan pecah amanah?”


Saddiq memuatnaik persoalan tersebut dalam laman twitter beliau hari ini.


“Saya menari ikut rentak rakyat, bukan rentak #KerajaanGagal PN. Nak lawan, saya lawan,” katanya.


Pada Khamis lalu, Saddiq didakwa di Makhamah Sesyen berkaitan tuduhan pecah amanah dan salah guna wang kempen.


Saddiq menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan pertuduhan itu bersifat politik akibat keengganan beliau memberi sokongan kepada Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin.

bottom of page