top of page

ASEAN: Malaysia terajui agenda hak asasi manusia melalui perbincangan strategik

  • nabalunews
  • Apr 28, 2025
  • 2 min read


28 April 2025


PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) dan Wakil Malaysia ke AICHR, Edmund Bon Tai Soon akan menganjurkan dua perbincangan penting pada 28 dan 29 April berkaitan hak asasi manusia di peringkat serantau.


Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan, ia sebahagian daripada inisiatif Malaysia menerajui ASEAN tahun ini serta memperkukuh komitmen AICHR dalam membentuk agenda hak asasi manusia berteraskan rakyat, berorientasikan masyarakat dan berpandangan ke hadapan.


"Pada 28 April, AICHR akan mengadakan Perbincangan Kali Kedua Mengenai Hak Kepada Pembangunan yang bertujuan memperkukuh Komuniti ASEAN dengan merealisasikan Perkara 35 Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN 2012.


"Sesi berikutnya pada 29 April, melibatkan Perbincangan Serantau AICHR bagi menyokong pembangunan Rangka Pelan Tindakan Lima Tahun AICHR (2026-2030) selaras dengan Visi Komuniti ASEAN 2045 dan Pelan Strategiknya,” menurut kenyataan itu.


Perbincangan utama akan menumpukan kepada rundingan lanjut cadangan Malaysia mengenai Deklarasi ASEAN tentang Promosi Hak kepada Pembangunan dan Keamanan ke Arah Pembangunan Terangkum dan Mampan, berlandaskan pendekatan "ASEAN-led, ASEAN-owned" dan "whole-of-ASEAN".


"Sesi perbincangan tematik akan menonjolkan hubung kait antara hak asasi manusia, keamanan dan hak kepada pembangunan, di mana delegasi merangka strategi-strategi bagi memperkukuh perlindungan hak dalam semua dimensi ekonomi, sosial, budaya dan politik.


“Perbincangan ini akan turut membantu dalam penyediaan Rangka Pelan Tindakan Lima Tahun AICHR yang akan memberikan penekanan terhadap pengukuhan perlindungan hak asasi manusia dan keterlibatan bersama para pemegang taruh di seluruh ASEAN,” katanya.


Dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”, katanya, hak kepada pembangunan memastikan setiap inidividu di ASEAN dapat menyertai, menyumbang dan menerima manfaat daripada kemampanan ekonomi, sosial, budaya dan kemajuan politik.


“Berpandukan prinsip ini, AICHR akan terus memajukan Komuniti ASEAN melalui program inklusif, mampan dan responsif gender untuk membasmi kemiskinan, melindungi hak asasi manusia dan alam sekitar, serta merapatkan jurang pembangunan di rantau ini.


“Usaha ini mencerminkan komitment berterusan Malaysia dalam memperkukuh agenda hak asasi manusia ASEAN dan meyokong visi ASEAN kea rah masa depan yang aman, terangkum dan mampan,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page