top of page

ATM simbol kedaulatan negara, perlu terus dipelihara – Anwar

  • nabalunews
  • 5 hours ago
  • 1 min read

24 Februari 2026


KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kekal sebagai benteng utama pertahanan negara dan simbol kedaulatan yang wajib dipelihara dalam mendepani cabaran serta ancaman geo-strategik yang semakin kompleks.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu ditegaskan beliau ketika mempengerusikan mesyuarat bersama pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan dan kepimpinan ATM, di sini, hari ini.


“Saya telah diberikan taklimat berhubung beberapa keputusan strategik yang menyentuh soal kedaulatan dan keselamatan negara.


“Perbincangan ini amat mustahak bagi memastikan kesiapsiagaan serta keupayaan ATM terus diperkasa dalam mendepani cabaran dan ancaman geo-strategik yang semakin kompleks,” katanya menerusi hantaran di Facebook.


Selain itu, Anwar berkata, beliau turut menegaskan kepentingan aspek kebajikan warga Kementerian Pertahanan, khususnya berkaitan isu perumahan yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan keluarga anggota.


Menurutnya, Kerajaan MADANI kekal komited untuk memastikan kebajikan pegawai, anggota serta keluarga pasukan keselamatan terus diberi perhatian dan diletakkan sebagai antara keutamaan utama kerajaan.


Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page