Bajet 2022: Kerajaan peruntukan RM52.6 bilion kepada KPMBajet 2022: Kerajaan peruntukan RM52.6 bilion kepada KPM
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Bajet 2022: Kerajaan peruntukan RM52.6 bilion kepada KPM


29 Okt 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KUALA LUMPUR: Kerajaan terus mengutamakan pendidikan sebagai segmen terpenting perbelanjaan negara dengan memperuntukan sebanyak RM52.6 bilion kepada Kementerian Pendidikan (KPM). Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan bersetuju menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 seorang bagi tahun 2022, iaitu peningkatan berbanding RM100 sebelum ini untuk meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan sekolah. “Tidak ada yang lebih menggembirakan buat anak-anak apabila dapat kembali semula ke sekolah secara bersemuka bersama rakan. Setiap awal tahun, tentunya ibu bapalah yang paling sibuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak. “Dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM450 juta bagi bantuan tersebut, ianya dijangka akan memanfaatkan sejumlah 3 juta muri-murid yang layak,” katanya semasa membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata, sejumlah RM1 billion juga disediakan untuk tujuan penyelenggaraan dan pembaikan sekolah bagi memastikan suasana pembelajaran yang kondusif bagi anak-anak,” katanya semasa membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini. Peruntukan itu melibatkan sekolah kebangsaan, agama, tahfiz dan sekolah pondok berdaftar. Daripada jumlah itu juga, sebanyak RM120 juta telah diperuntukan untuk 1,800 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil kerja-kerja penyelenggaran. Selain itu, kerajaan juga telah menyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar sebanyak 100 ringgit kepada lebih 400 ribu guru sekolah di bawah KPM. “Ini adalah sebagai menghargai jasa guru yang menyediakan bahan mengajar tambahan kepada murid-murid bagi pelakasanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa tempoh pandemik,” kata Tengku Zafrul. Penyediaan bekalan susu harian di bawah Rancangan Makanan Tambahan juga akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM400 juta dan sebahagian perolehan susu ini akan dikhaskan kepada pengeluar susu tempatan. “Sejumlah RM746 juta diperuntukan bagi menaik taraf sekolah-sekolah daif bagi tahun 2022 yang mana sebilangan besar peruntukan tersebut adalah untuk menaik taraf sekolah daif dengan 112 projek di Sabah dan 165 projek di Sarawak. “RM50 juta juga disediakan bagi pembiayaan pembelian peralatan mengajar dan menambah baik fasiliti sekolah berkeperluan khas,” katanya. “Tidak ada yang lebih menggembirakan buat anak-anak apabila dapat kembali semula ke sekolah secara bersemuka bersama rakan. Setiap awal tahun, tentunya ibu bapalah yang paling sibuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak. “Dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM450 juta bagi bantuan tersebut, ianya dijangka akan memanfaatkan sejumlah 3 juta muri-murid yang layak,” katanya semasa membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata, sejumlah RM1 billion juga disediakan untuk tujuan penyelenggaraan dan pembaikan sekolah bagi memastikan suasana pembelajaran yang kondusif bagi anak-anak,” katanya semasa membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini. Peruntukan itu termasuk 140 juta ringgit kepada JAKIM bagi menyelenggara antaranya sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan institusi pondok berdaftar iaitu meningkat berbanding 100 juta ringgit pada tahun 2021. Selain itu, kerajaan juga telah menyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar sebanyak 100 ringgit kepada lebih 400 ribu guru sekolah di bawah KPM. “Ini adalah sebagai menghargai jasa guru yang menyediakan bahan mengajar tambahan kepada murid-murid bagi pelakasanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa tempoh pandemik,” kata Tengku Zafrul. Penyediaan bekalan susu harian di bawah Rancangan Makanan Tambahan juga akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM400 juta dan sebahagian perolehan susu ini akan dikhaskan kepada pengeluar susu tempatan. “Sejumlah RM746 juta diperuntukan bagi menaik taraf sekolah-sekolah daif bagi tahun 2022 yang mana sebilangan besar peruntukan tersebut adalah untuk menaik taraf sekolah daif dengan 112 projek di Sabah dan 165 projek di Sarawak. “RM50 juta juga disediakan bagi pembiayaan pembelian peralatan mengajar dan menambah baik fasiliti sekolah berkeperluan khas,” katanya.

bottom of page