top of page

Beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak dijangka alami ribut petir sehingga malam ini

  • nabalunews
  • Nov 29, 2024
  • 1 min read


ree

29 November 2024

 

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga jam 8 malam ini. 

 

Antara kawasan yang terlibat di Sabah ialah Pedalaman seperti Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau, dan Tambunan; Pantai Barat; Tawau termasuk Lahad Datu; serta Sandakan melibatkan Tongod dan Kinabatangan. 

 

Dalam pada itu di Sarawak, cuaca buruk juga dijangka akan melanda di Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

 

Menurut MetMalaysia, amaran ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm sejam yang dijangka berlaku melebihi satu jam. Amaran ribut petir ini bersifat jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran. 

 

Untuk maklumat lanjut, orang ramai digalakkan merujuk laman web rasmi MetMalaysia atau aplikasi mudah alih MyCuaca. 

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page