top of page

BEKAS CALON LDP DUN KARAMBUNAI SERTAI UPKO

  • Wartawan Nabalu News
  • Mar 17, 2021
  • 1 min read

ree
Madius (kiri) menerima borang keahlian daripada Marajoh.

17 Mac 2021

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Bekas calon LDP bagi Dewan Undangan Negeri Karambunai, Dato Sri Marajoh Unding hari ini menyertai Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO). Ahli perniagaan itu menyerahkan borang keahlian UPKO kepada Presiden UPKO Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau pada majlis ringkas di Kota Kinabalu.

Madius mengesahkan perkara itu menerusi hantaran di media sosial. Dalam PRN Sabah tahun lepas, Marajoh berjaya meraih 1,053 undi dalam pertandingan enam penjuru.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page