top of page

Belanjawan 2026 perkukuh reformasi undang-undang negara

  • nabalunews
  • Oct 12
  • 1 min read

ree

12 Oktober 2025


KUALA LUMPUR: Belanjawan 2026 memperkukuh komitmen kerajaan untuk memastikan reformasi institusi dan tadbir urus negara terus menjadi teras kepada pembangunan Malaysia yang mampan, berdaya tahan dan makmur.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pelbagai inisiatif penting diperuntukkan di bawah jabatan itu selaras dengan tekad kerajaan dalam memastikan akses keadilan untuk semua.


Antaranya adalah penubuhan Mahkamah Bergerak Khas Kanak-Kanak, pelaksanakan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta kenaikan gaji hakim sehingga 30 peratus bagi menjaga integriti dan kebebasan badan kehakiman.


Selain itu, pemerkasaan institusi Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas sebagai semak dan imbang yang lebih berkesan, selain Pasukan Reformasi Undang-Undang yang meneliti semula undang-undang jenayah dan undang-undang kontrak supaya lebih relevan dan adil.


“Belanjawan MADANI 2026 membuktikan bahawa reformasi undang-undang bukan bersifat elitis, tetapi menyentuh kehidupan setiap rakyat daripada perlindungan kanak-kanak sehingga aspek pendigitalan keadilan.


“Ia bertepatan dengan falsafah Malaysia MADANI yang berteraskan nilai Amanah, Daya Cipta, Hormat, Ihsan dan Kesejahteraan dan sebagai panduan dalam pelaksanaan dasar undang-undang negara", katanya menerusi satu kenyataan.


Azalina berkata, pemerkasaan institusi undang-undang bukan hanya tertumpu kepada usaha memperkukuh keadilan sosial, malah sebagi asas penting kepada keyakinan pelabur dan kestabilan ekonomi.


Sebagai Belanjawan Rakyat, katanya, ia menzahirkan keseimbangan antara disiplin fiskal dan keprihatinan terhadap rakyat dalam memastikan setiap ringgit dibelanjakan secara berhemah, berimpak tinggi serta berpaksikan nilai keadilan dan integriti.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page