top of page

Belanjawan 2026: RM2 bilion diperuntuk laksana projek SALAM

  • nabalunews
  • Oct 10
  • 1 min read

ree

10 Oktober 2025


KUALA LUMPUR: Kerajaan terus memperkukuh agenda pendigitalan negara menerusi pelaksanaan Projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) bagi memastikan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia menikmati manfaat digital secara saksama.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata projek sepanjang 3,190 kilometer dengan kos RM2 bilion dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai usaha memperkukuh sambungan internet berkelajuan tinggi di seluruh negara


“Ini melibatkan laluan dasar laut dari Sedili di Johor, ke Kuching dan Sibu di Sarawak, seterusnya ke Tuaran, Kudat, Pulau Banggi, Sandakan dan Tawau di Sabah,” ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.


Dalam pada itu, Anwar berkata, sebanyak RM20 juta disediakan untuk menambah tapak dan ruang niaga yang dilengkapi kemudahan asas kepada peniaga kecil Tamu Desa di Sabah dan Sarawak.


Peruntukan itu, katanya, bagi memastikan keselesaan peniaga kecil serta memperluas peluang ekonomi di kawasan luar bandar.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page