#BenderaHitam #Lawan KEKAL TRENDING, MAHU MUHYIDDIN LETAK JAWATAN#BenderaHitam #Lawan KEKAL TRENDING, MAHU MUHYIDDIN LETAK JAWATAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

#BenderaHitam #Lawan KEKAL TRENDING, MAHU MUHYIDDIN LETAK JAWATAN



4 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Tanda pagar #BenderaHitam #Lawan trending di media sosial sejak semalam mahu Perdana Menteri meletak jawatan.


Setakat jam 12 tengah hari tadi #Lawan mencapai lebih 200,000 retweets dan #BenderaHitam hampir 60,000 retweets di Twitter.


Netizen menyuarakan kekecewaan dan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan melalui media sosial dengan menggunakan tanda pagar #BenderaHitam, #Lawan dan #kerajaangagal kerana kegagalan kerajaan menangani kes Covid walaupun Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP) telah dilaksanakan sejak sebulan lalu.


Menurut seorang pengguna Twitter, protes atas talian #Lawan adalah yang terbanyak pernah diadakan, di mana lebih 200,000 retweets menggunakan tanda pagar #Lawan dalam masa 24 jam.


Katanya, ini adalah tamparan hebat buat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya mendengar suara rakyat akar umbi.


Netizen juga menasihatkan Perdana Menteri supaya meletak jawatan secara terhormat.


Seorang lagi netizen berkata, kempen kibar #BenderaHitam yang dilancarkan sejak jam 3 petang kelmarin mempunyai tiga tuntutan iaitu mahu supaya Perdana Menteri meletak jawatan, buka Parlimen dan tamat darurat.


Katanya lagi, kempen kibarkan bendera hitam sebagai tanda "kegagalan" kepimpinan kerajaan PN.


Kempen itu yang digerakkan oleh Kumpulan Sekretariat Solidariti Rakyat adalah tanda protes kegagalan kerajaan merangka perancangan rapi untuk menyelesaikan kemelut pendemik Covid-19 di negara ini.



bottom of page