#BenderaHitam TRENDING DI MEDIA SOSIAL HARI INI#BenderaHitam TRENDING DI MEDIA SOSIAL HARI INI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

#BenderaHitam TRENDING DI MEDIA SOSIAL HARI INI


Gambar Hiasan

3 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kempen kibarkan bendera hitam tular di sosial media sejak jam 3 petang tadi yang menyeru orang ramai untuk mengibarkan bendera hitam sebagai tanda "kegagalan" kepimpinan kerajaan PN.


Kempen tersebut digerakkan oleh Kumpulan Sekretariat Solidariti Rakyat menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan di media sosial.


Menurut kenyataan Media Sekretariat Solidiriti Rakyat, mereka kecewa kerana kerajaan gagal merangka satu perancangan rapi untuk menyelesaikan kemelut pandemik Covid-19 yang kini menimpa negara.


"Parlimen, yang sepatutnya menjadi tempat membincangkan jalan penyelesaian kepada isu-isu kesengasaraan rakyat, sehingga hari ini masih lagi gagal bersidang.


Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuat siasatan berhubung kempen kibar bendera hitam yang diwar-warkan di media sosial.


Dalam laporan Kosmo hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan dipetik sebagai berkata, pihaknya sedia maklum berhubung kewujudan kempen tersebut dan memaklumkan satu kertas siasatan mengenainya telah dibuka.


“Untuk makluman, satu kertas siasatan berhubung perkara itu telah dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," menurut laporan Kosmo.


Kenyataan yang dikeluarkan pada 1 Julai (Khamis) menyeru rakyat Malaysia untuk mengibarkan bendera hitam pada 3 Julai (hari ini) dan mengambil gambar serta memuatnaik gambar tersebut dalam media sosial dengan tanda pagar #Lawan secara serentak pada jam 3 petang.


Antara komen-komen netizen dalam sosial media #lawan kerana mereka kecewa dengan kerajaan tidak cekap menangani Covid menyebabkan ramai rakyat menderita.


Menurut mereka masalah itu menyebabkan ramai rakyat menderita, peniaga tidak dapat berniaga, pekerja dibuang kerja dan gaji dipotong.


Bagi pelajar pula, mereka menyatakan sudah penat belajar secara online. Masalah belajar secara online amat dirasai pelajar luar bandar yang tidak mempunyai atau mempunyai kemudahan internet yang lemah.


Tanda pagar #Lawan, #BenderaHitam, dan #MuhyiddinLetakJawatan mendapat perhatian di semua sosial media, hari ini.


Setakat jam 9 malam, #Lawan mencapai lebih 170,000 retweets, 45,300 retweets bagi #BenderaHitam serta lebih 10,000 retweets bagi #MuhyiddinLetakJawatan di Twitter.


bottom of page