Bersatu keluar dari PH punca kekalahan di PRN MelakaBersatu keluar dari PH punca kekalahan di PRN Melaka
top of page
  • Farah Salim

Bersatu keluar dari PH punca kekalahan di PRN Melaka


22 Nov 2021

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Presiden Amanah Mohamad Sabu menjelaskan bahawa antara punca kekalahan PH dalam PRN Melaka adalah disebabkan keluarnya Bersatu daripada PH.


Ujar beliau, PH akan membuat kajian untuk mengenal pasti apakah punca kekalahan dan antara puncanya adalah kehilangan undi yang diperolehi Bersatu ketika PRU 2018.


Jelas beliau lagi, pada PRN dua hari yang lalu, dianggarkan sebanyak 33,161 undi telah pergi kepada Bersatu.


"Jika (undi diperolehi Bersatu) dicampur dengan undi popular yang diterima oleh PH iaitu sebanyak 114,457, ianya akan berjumlah 147,457 berbanding BN yang hanya memperolehi 122,741 undi.


"Oleh itu jelas bahawa kekalahan PH bukan disebabkan oleh BN yang hanya kekal dengan jumlah undi mereka, tetapi larinya undi akibat pengkhianatan (presiden Bersatu) Muhyiddin Yassin dan kumpulannya.


"Apa-apa pun keputusan telah dibuat oleh rakyat, satu muhasabah perlu dilakukan untuk kebaikan di masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan semalam.


Mohamad berkata, sekiranya Bersatu tidak keluar daripada PH, PAS mungkin akan bekerjasama dengan Umno. Berdasarkan aturan ini, gabungan PAS-BN dianggarkan akan mendapat 167,311 undi - jumlah yang tetap lebih tinggi berbanding 147,457 undi yang dianggarkan diperolehi PH dan Bersatu.


Pada Sabtu lalu BN yang dianggotai Umno, MCA dan MIC menang besar dalam PRN Melaka Sabtu lalu.

bottom of page