BERSIH lancar petisyen kepada Agong: Najib Tidak Wajar Diampunkan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

BERSIH lancar petisyen kepada Agong: Najib Tidak Wajar Diampunkan



25 Ogos 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) melancarkan petisyen secara online kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya Datuk Najib Razak tidak diberi pengampunan Agong.


Petisyen itu yang mula dilancarkan kelmarin berjaya mengumpul lebih 81,000 tandatangan daripada rakyat Malaysia, setakat jam 11.30 pagi ini.


Petisyen itu menyatakan bahawa Najib Razak baru sahaja didapati bersalah oleh mahkamah tertinggi negara tetapi ada pihak yang sudah mula memikirkan untuk memohon pengampunan kepada DYMM YDP Agong.


“Kita tak boleh biarkan ini berlaku.. Tandatangan petisyen ini untuk diserahkan kepada YDP Agong.


“Sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan, beliau telah disabitkan bersalah menyeleweng dana awam melalui SRC International dan telah diberikan proses pengadilan yang seadilnya,” kata petisyen itu.


Menurut petisyen itu lagi, sebagai negara, tidak boleh bertoleransi dengan korupsi walau siapapun pelakunya.


“Biarlah Najib menjalani hukuman 12 tahun penjara dan membayar denda RM210 juta untuk dijadikan amaran kepada semua pemimpin yang sangka mereka boleh dengan korup menyalahgunakan kuasa,” kata petisyen itu.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page