Bersolidariti atas dasar kemanusiaan
top of page
  • nabalunews

Bersolidariti atas dasar kemanusiaan



Bantah peperangan, kecam kezaliman dan penindasan yang berlaku di seluruh dunia


Saya menerima beberapa pangilan telefon dan whatsapp terutamanya daripada rakan-rakan saya dan Ibu Bapa di Penampang minta untuk saya menyuarakan tentang pekeliling Kementerian Pendidikan yang dikeluarkan kepada sekolah-sekolah di Malaysia.


Mereka menyampaikan kerisauan dengan pekeliling tersebut bila mana anak-anak mereka dikehendaki menyertai dan membuat aktiviti bersolidariti dengan Palestine.


Saya melihat isu Paletine - Israel ini sebagai bencana kemanusiaan yang menyebabkan kehilangan nyawa tidak mengira bangsa dan agama. Saya turut rasa sedih apabila melihat kemusnahan dan kehilangan nyawa disebabkan oleh peperangan. Bencana Kemanusiaan ini tidak sepatutnya diraikan dan digalakan oleh sesiapapun walau dimanapun anda berdiri. Saya yakin tidak semua penduduk di Israel menyokong tindakan kerajaan mereka.



Tentang penglibatan anak-anak kita dalam konflik ini menerusi program soladiriti ini, saya yakin mereka tidak faham apa yang berlaku pada hari ini, apa lagi krisis politik yang berlaku di seluruh pelusuk dunia. Di negara ini juga anda hanya boleh mengundi pada umur 18 tahun, ini umur yang dirasakan oleh kerajaan bilamana anak-anak kita sudah matang dan boleh membuat keputusan sendiri.


Bagaimana kita boleh mengajar anak-anak kita untuk mengambil bahagian dalam politik dunia bila mereka masih terlalu muda untuk memahami semua ini. Saya risau ini akan disalah tafsirkan oleh anak-anak untuk membenci. Kita tidak seharusnya mengajar anak-anak kita untuk membenci.


Saya tidak bersetuju sekiranya anak-anak kita diajar hanya untuk bersolidariti bersama satu pihak sahaja. Mereka perlu diajar untuk menyanyangi antara satu sama lain, menghargai nyawa walau siapa pun mereka, berbelas kasihan antara manusia dan tidak pilih kasih. Berilah kasih anda kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit.


Biarlah anak-anak kecil ini tidak dicemari dengan politik dunia pada usia muda, apabila mereka cukup umur dan matang mereka boleh buat keputusan sendiri tanpa didoktrin dan dipengaruhi oleh sesiapa.


Saya minta maaf sekiranya posting saya ini menguris sesiapa. Tapi ini lah yang diajar oleh agama saya. I was told to turn the other cheek and to love my enemy by my religion and i plan to stand by it.


Mari kita bersolidariti atas dasar kemanusiaan, bantah peperangan, kecam kezaliman dan penindasan yang berlaku kepada manusia di Timur Tengah dan seluruh dunia. Bersama sama kita berdoa agar bencana kemanusiaan ini menemui pengakhiran.


Billy Joe Dominic

Ketua Pemuda UPKO Penampang

bottom of page