• Farah Salim

BN menang, kembali bentuk kerajaan negeri Melaka




20 Nov 2021

Oleh Farah Salim


MELAKA: Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan memperolehi dua pertiga kerusi Dewan Undagan Negeri (DUN), sekaligus menerima mandat kembali mentadbir kerajaan negeri.


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh mengesahkan Barisan Nasional (BN) berjaya memperolehi majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan.


Gabungan UMNO, MCA dan MIC memperoleh 21 daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan manakala Pakatan Harapan (PH) hanya memenangi lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.


Sementara itu kesemua 22 calon Bebas, lima calon Parti  Bumiputra Perkasa Malaysia (Putra) dan calon tunggal Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) gagal memperolehi sebarang kerusi.