• nabalunews

BN SAH TANDING SECARA 'SOLO' PADA PRU15, UMNO TOLAK KERJASAMA DENGAN BERSATU - ZAHID



28 Mac 2021


KOTA KINABALU: Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Barisan Nasional (BN) akan bertanding secara “bersendirian” pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang akan datang.


Berucap kepada perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan Umno di PWTC yang disiarkan secara langsung menerusi media sosial hari ini, beliau berkata perkara itu telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi BN dalam mesyuarat yang diadakan baru-baru ini.


“Saya ingin menekankan pendirian kita menghadapi PRU15, kita berpegang kepada keputusan Majlis Tertinggi Umno iaitu

“No PPBM, no Anwar, no DAP,” katanya.


Zahid turut menegaskan tiada perbincangan dengan mana-mana pihak, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi berhubung perkara itu.


“Kami akan bertanding mengunakan lambang BN,” kata beliau.


Zahid berkata keputusan UMNO tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada PRU15 adalah muktamad.


Beliau berkata, UMNO turut menolak pembentukan gabungan politik bersama Perikatan Nasional (PN).


Sementara itu, menurut laporan Bernama, UMNO merekodkan jumlah keahlian kira-kira 3.35 juta orang membabitkan 21,883 cawangan di seluruh negara hingga Jumaat lalu (26 Mac).


Ketika menyatakan perkara itu, Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata daripada jumlah itu, seramai 127,214 orang merupakan ahli baharu yang penyertaannya direkodkan bagi tempoh 9 Mei 2018 hingga 26 Mac lepas.


Menurut beliau, Sabah mencatatkan keahlian tertinggi dengan 583,979 ahli, diikuti Johor (451,778), Selangor (421,899) dan Kedah iaitu 300,589 ahli.



ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com