top of page

BN Sedia Masukkan Tuntutan 40 Peratus Dalam Manifesto

  • nabalunews
  • 19 hours ago
  • 1 min read
ree

18 Oktober 2025


KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Sabah berkaitan hak 40 peratus hasil bersih Persekutuan yang sepatutnya dikembalikan kepada Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut menyuarakan pandangan untuk bersama-sama pimpinan UMNO Sabah agar kerajaan tidak membuat rayuan terhadap keputusan bersejarah itu.


Bagaimanapun katanya, kerajaan persekutuan akan pasti meneliti keputusan itu dari segi kemunasabahan khususnya dari aspek kemampuan kewangan.


“Pemimpin di Sabah dan termasuk UMNO Sabah sendiri meminta supaya tidak dilakukan rayuan lagi daripada pihak AGC, kita secara rasminya menghormati keputusan yang telah dibuat oleh pihak mahkamah.


“Dan tentunya pihak parti kita berpandangan untuk bersama-sama dengan suara hati rakyat Sabah,” katanya ketika ditemui media pada Karnival Mooda @ Desa X PNG : Penanak Culture Sabah, di Universiti Malaysia Sabah (UMS), hari ini.


Zahid berkata, BN juga akan melihat perkara ini untuk dimasukkan ke dalam manifesto yang menjadi dasar kepada aku janji kepada pengundi-pengundi di negeri Sabah


“Kita akan melihat apa yang diperlukan termasuklah perkara-perkara yang akan dimasukkan di dalam manifesto dan manifesto itulah yang menjadi dasar kepada aku janji yang akan kita hamparkan kepada pengundi-pengundi di negeri Sabah ini.


“Yang penting Sabah mesti menjadi sebuah negeri yang maju, soal-soal kekangan dari segi infrastruktur kemudahan-kemudahan asas seperti jalan, api, air mesti diselesaikan dalam tempoh satu penggal ini harus dilihat,”katanya.


Zahid berkata, kepentingan rakyat Sabah sentiasa diutamakan supaya terus membangun dan menikmati kemakmuran pada kerajaan yang akan terbentuk di masa akan datang.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page