BSMM SABAH TERIMA SUMBANGAN DARI ENAGIC MALAYSIA

6 Mac 2021
Laporan/foto: Idris Sani Saberun/ Azman Jumat (Kota Kinabalu)
KOTA KINABALU: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Sabah menerima sumbangan sejumlah RM7,000 daripada syarikat penapis air Enagic Malaysia Sdn. Bhd.
Sumbangan tersebut disampaikan wakil Enagic Malaysia Sdn. Bhd, Chin Shaw Fung kepada Pengerusi BSMM Sabah, Datuk Asnan Yunus Chung dalam satu majlis ringkas di ibu pejabat BSMM jalan Tuaran dekat sini, hari ini.
Menurut Datuk Asnan, setiap sumbang yang diterima sama ada dari pihak kerajaan mahupun swasta akan digunakan bagi melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan melalui program-program yang dirancang.

Tambah beliau semenjak pandemik Covid-19 melanda negara pihak BSMM Sabah telah melaksanakan pelbagai program bagi membantu barisan hadapan dan masyarakat luar bandar yang memerlukan.
“Antara yang sedang dilaksanakan adalah kempen derma darah bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Unit Tabung Darah Jabatan Patologi, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu agar bekalan darah sentiasa mencukupi.
“Turut dilaksanakan di banguan ini adalah program menjahit Pakaian Perlindungan Diri (PPE) untuk kegunaan kakitangan KKM dan anggota barisan hadapan negara yang mana setakat ini sebanayak 5000 helai PPE berjaya dihasilkan dan telahpun diserahkan kepada kerajaan negeri.
“Selain itu BSMM Sabah juga turut membantu misi menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk luar bandar yang memerlukan” jelas Asnan.
Beliau turut mengalu-alukan sumbangan daripada pihak swasta atau badan korporat dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat secara bersama.
Hadir sama Pengarah BSMM Negeri Sabah, Simon Chin Nyuk Kong.
תגובות