top of page

BUDI95: Kerajaan sasar jimat RM2.5 bilion tahun ini

  • nabalunews
  • Feb 11
  • 2 min read

11 Februari 2026


KUALA LUMPUR: Langkah penyasaran subsidi petrol RON95 di bawah Program Budi Madani (BUDI95) diunjur mampu menjana penjimatan sehingga RM2.5 bilion pada 2026.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjimatan itu juga hasil daripada ketirisan subsidi yang berjaya dikekang termasuk membendung aktiviti sindiket penyeludupan ke negara jiran.


Jelasnya, penjimatan itu sekali gus membolehkan kerajaan menyalurkan semula dana kepada program bantuan bersasar seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).


“Alhamdulilah dalam kerana kejayaan itu kita boleh perkenalkan beberapa program membantu rakyat termasuk STR dan juga SARA .


“Dua hari lalu 22 juta rakyat Malaysia 18 tahun keatas menerima RM100 setiap individu melalui MyKad SARA untuk semua dan bayangkan dua hari kita telah belanjakan RM200 juta dengan dua juta rakyat menggunakannya,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab soalan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang meminta perincian penjimatan dicapai melalui pelaksanaan BUDI95 sepanjang 2025 dan unjuran penjimatan bagi 2026 serta bagaimana penjimatan itu dimanfaatkan bagi meringankan kos sara hidup rakyat khususnya golongan B40 dan M40.


Mengulas lanjut, Anwar berkata mekanisme penyasaran BUDI95 yang membolehkan rakyat menikmati subsidi petrol tanpa mengambil kira tahap pendapatan adalah kaedah penyelesaian terbaik bagi memastikan subsidi dinikmati majoriti rakyat.


"Di bawah pentadbiran MADANI, kita memilih untuk akur kepada realiti dan berani menyasarkan subsidi di setiap peringkat secara berfasa, tanpa menjejaskan kebajikan rakyat terbanyak.


"Kita tak banyak pilihan kerana ketirisan akibat subsidi tak bersasar ini terlalu tinggi, dan seperti mana saya pernah tegaskan di Parlimen sebelum ini kita tak memilih untuk menerima pendekatan Bank Dunia dan beberapa pakar ekonomi yang mahu kita laksanakan cara pengapungan,” ujarnya.


Dalam pada itu, Anwar memaklumkan had 300 liter sebulan untuk program penyasaran subsidi di bawah Budi Madani RON95 (Budi95) dilihat mencukupi untuk kegunaan biasa.


Menurut beliau berdasarkan data penggunaan, purata kegunaan penerima subsidi adalah sekitar 100 liter sebulan, malah katanya, hampir 90 peratus pengguna tidak mengguna lebih daripada 200 liter sebulan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page