top of page

Cadangan Madius agar UMS tawar Program Pendidikan Bahasa Kadazandusun disambut baik KPT

nabalunews

5 Mac 2025


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menyarankan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menawarkan Program Pendidikan Bahasa Kadazandusun (BKD) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).


Menurutnya, ketika ini UMS ada menawarkan program Bahasa Kadazandusun kepada pelajar yang berminat.


“Kursi Kadazandusun juga telah telah wujud sejak sekian lama di universiti ini.


“Walau bagaimanapun, Program Pendidikan Bahasa Kadazandusun bagi guru – guru bahasa BKD masih belum ada, dan Tuaran mencadangkan agar program itu diperluas ke UMS seperti mana yang ditawarkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perbahasan Peringkat Jawatankuasa di bawah KPT pada Persidangan Parlimen Dewan Rakyat, di sini.


Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan KPT, Datuk Ts. Mustapha Sakmud menyambut baik cadangan Presiden Kehormat Pertubuhan Kinabalu Progresif (UPKO) itu.


“Bagi pihak KPT kita sentiasa komited untuk terus memperkasa bahasa etnik terutama di Sabah.


“Cadangan yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Tuaran agar Program Pendidikan Bahasa Kadazandusun ditawarkan di UMS adalah sangat baik.


“Ia akan akan memudahkan kepada pelajar-pelajar dari Sabah untuk menyambung pengajian,” katanya.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page