Cadangan penubuhan 13 Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen secara prinsipnya diterima baik: MadiusCadangan penubuhan 13 Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen secara prinsipnya diterima baik: Madius
top of page
  • nabalunews

Cadangan penubuhan 13 Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen secara prinsipnya diterima baik: Madius


Madius menyerahkan borang kepada Takiyuddin. Turut kelihatan Noor Amin

28 Julai 2021


KUALA LUMPUR: Cadangan bertulis penubuhan 13 Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dihantar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) merangkap menteri mengurus tadbir parlimen, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.


Penyerahan tersebut disempurnakan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.


Madius memaklumkan penyerahan itu menerusi satu hantaran di laman facebooknya, semalam.


Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, secara prinsipnya Takiyuddin menerima baik cadangan tersebut.


“Sekumpulan 88 Ahli Parlimen (G88) tidak dilantik dalam mana-mana jawatankuasa di Parlimen.


“55 daripada mereka yang sempat dihubungi telah membuat satu Kenyataan bersama meminta Parlimen supaya menubuhkan 13 lagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ataupun Parliamentary Special Select Committee (PSSC).


“Cadangan bertulis itu saya serahkan kepada Menteri Undang-undang yang mengurustabir Parlimen, yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan.


“Secara prinsipnya dia menerima baik cadangan tersebut dan dia membuat komitmen untuk memanjangkan cadangan tersebut kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat,” katanya.


Pada penyerahan itu, Madius ditemani Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin.


bottom of page