top of page
nabalunews

China, Malaysia Sedia Tingkatkan Kerjasama Keselamatan


10 September 2024


LIANYUNGANG (China): China bersedia memperkasakan kerjasama keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang dengan Malaysia.


Ahli Dewan Negara China yang juga Menteri Keselamatan Awam Wang Xiaohong berkata China bersedia mengambil peluang ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia untuk mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dan komunikasi strategik dengan Malaysia agar memajukan hubungan dua hala ke hadapan.


Beliau menyatakan demikian ketika mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di sini, pada Isnin.


Ahmad Zahid dan Saifuddin Nasution masing-masing menzahirkan kesediaan untuk meningkatkan kolaborasi dengan China dalam bidang keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang.


Ahmad Zahid dan Saifuddin Nasution berada di China untuk menghadiri Persidangan Forum Kerjasama Keselamatan Awam Global 2024 yang dirasmikan pada Isnin.


Wang ketika berucap merasmikan persidangan itu berkata China akan mengambil langkah pragmatik, menyumbangkan kebijaksanaan dan tenaga China kepada tadbir urus global.


Bertemakan "Kerjasama Saling Untung dalam Perubahan: Bina Komuniti Keselamatan Awam Global", persidangan edisi ini turut dihadiri lebih 2,100 pemimpin, wakil jabatan penguatkuasaan, pakar dan sarjana dari 122 negara, wilayah dan pertubuhan antarabangsa.

Comments


bottom of page