Covid: Kes harian di Sabah menurun sedikit kepada 691 kes, 15 kes kematianCovid: Kes harian di Sabah menurun sedikit kepada 691 kes, 15 kes kematian
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Covid: Kes harian di Sabah menurun sedikit kepada 691 kes, 15 kes kematian



14 Oktober 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah hari ini sebanyak 691 kes mencatatkan sedikit penurunan berbanding kelmarin menjadikan kumulatif sebanyak 208,197 kes.


Sebanyak 15 kes kematian dilaporkan iaitu tiga kes di Lahad Datu, dua kes di Kota Kinabalu dan Kota Marudu manakala Beaufort, Keningau, Kota Belud, Nabawan, Penampang, Sandakan, Tenom dan Tuaran masing-masing mencatatkan satu kes kematian.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sebanyak 14 daerah mencatatkan penurunan, manakala 13 daerah lagi mencatatkan peningkatan.


“Tidak ada daerah yang mencatatkan angka pada paras tiga angka, bagaimanapun tujuh daerah mencatatkan kes baharu pada catatan satu angka pada hari ini.


“Bagi bandar-bandar utama di Sabah seperti Kudat, Kota Kinabalu dan Tawau, merekodkan peningkatan kes namun ianya pada margin satu angka, manakala bandar-bandar lain merekodkan penurunan kes.


“Antara daerah yang mencatatkan peningkatan kes yang ketara ialah Kota Marudu (+26) kes, Pitas (+26) kes, Ranau (+25) kes dan Kunak (+11) kes. Daerah yang merekodkan penurunan ketara ialah Sandakan (-39) kes, Beaufort (-29) kes, Kota Belud (-24) kes, Putatan (-18) kes, Penampang (-15) kes, Lahad Datu (-13) kes, Tenom (-12) kes dan Keningan (-10) kes,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 656 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 195,674 orang.


“Manakala 2,389 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 945 orang di hospital, 1,436 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, lima orang di Pusat Tahanan Sementara(PTS) / Penjara manakala tiga orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 121 orang merangkumi 108 di ICU/repurposed kritikal care serta 13 di open ward (HDW/kubikel akut) dan 41 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page