• Farah Salim

DAP kemuka calon muda dan baharu untuk PRN Melaka


5 Nov 2021

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: DAP hari ini telah mengemukakan dua calon muda dan baharu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


Leng Chau Yen, 37, dan Muhamad Dannish Zainudin, 25, adalah antara lapan barisan calon yang akan bertanding dalam PRN yang akan diadakan pada 20 November ini.


Danish akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu manakala Leng akan bertanding di DUN Bandar Hilir.


Calon-calon lain adalah Datuk Tey Kok Kiew (DUN Bemban), Saminathan A/L Ganesan(DUN Gadek), Kerk Chee Yee (DUN Ayer Keroh), Allex Seah Shoo Chin (DUN Kesidang), Damian Yeo Shen Li (DUN Duyong), dan Low Chee Leong (DUN Kota Laksamana).


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata kesemua calon akan bertanding menggunakan logo Pakatan Harapan (PH).