DAP mohon maaf secara terbuka, jika menyinggung kerajaan, rakyat Sarawak - Anthony Loke
top of page
  • Farah Salim

DAP mohon maaf secara terbuka, jika menyinggung kerajaan, rakyat Sarawak - Anthony Loke

24 November 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook mohon maaf secara terbuka kepada kerajaan dan rakyat Sarawak, jika ada pemimpin parti itu menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, sebelum ini.


Beliau berkata demikian dalam kenyataan media selepas mengadakan pertemuan mesra dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg.


“Kami telah mengadakan perbincangan mesra.


“Saya telah memaklumkan kepada YAB Premier bahawa sekiranya terdapat apa-apa kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, saya mewakili pihak DAP memohon maaf secara terbuka,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Anthony Loke, mengadakan kunjungan hormat kepada Abang Johari di kediaman Premier Sarawak itu di Kuching, hari ini.


Turut hadir bersama Timbalan Premier Sarawak, Prof. Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.


“Saya berharap pertemuan hari ini akan membuka satu lembaran baru untuk membina persefahaman dan kerjasama demi negara Malaysia yang lebih maju dan progresif,” kata Anthony Loke.

Tags:

bottom of page