Dapatkan Penjelasan Sebelum Saman
- nabalunews
- 8 minutes ago
- 1 min read

9 Jun 2025
KOTA KINABALU: Dapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu daripada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sebelum memutuskan tindakan memfailkan saman kepada agensi berkenaan.
Demikian tegas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud bagi mengulas gesaan segelintir pihak yang mahu mengambil tindakan undang-undang susulan masalah bekalan air yang melanda kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Mustapha berkata, walaupun tindakan saman adalah hak mereka, namun ia perlu melalui proses perundangan yang sewajarnya.
“Ya, itu hak mereka, tetapi mereka perlu melalui proses-proses perundangan yang ditetapkan. Cuma saya nasihatkan, sebelum memulakan saman ini, dapatkan dahulu taklimat secara terperinci daripada JANS agar mereka memahami keseluruhan sistem air yang terlibat.
“Sebab isu ini bukan disengajakan. Ada beberapa perkara dari segi teknikal yang perlu difahami dan diambil kira,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Madani Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 Parlimen Sepanggar di Politeknik Kota Kinabalu, di sini, hari ini.
Mustapha berkata, pelbagai usaha sudah dilaksanakan, tetapi kelewatan berlaku disebabkan halangan teknikal.
Katanya, Loji Rawatan Air (LRA) Telibong Dua sebenarnya telah siap, namun kini berdepan kelewatan akibat kerja pemasangan paip yang belum selesai.
“Masalah sekarang ialah jajaran Pan Borneo itu belum siap, jadi paip baharu yang ingin dipasang tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
“Jika masih ada mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan penerangan yang diberikan, mereka boleh mempertimbangkan untuk memfailkan saman,” katanya.
Bình luận