DARIPADA 150,000 LAPTOP HANYA 12,887 DIBERI SETAKAT INI, SATU KEGAGALAN KERAJAAN PNDARIPADA 150,000 LAPTOP HANYA 12,887 DIBERI SETAKAT INI, SATU KEGAGALAN KERAJAAN PN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

DARIPADA 150,000 LAPTOP HANYA 12,887 DIBERI SETAKAT INI, SATU KEGAGALAN KERAJAAN PN


Gambar hiasan


6 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen mengkritik pencapaian program pemberian laptop yang diumumkan dalam Belanjawan Kerajaan Persekutuan 2021.


Bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq menyifatkan pencapaian tersebut sebagai 'mengarut'.


Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar menyatakan inisiatif beliau yang sudah mengagihkan hampir 1,000 laptop dan tablet di kawasan beliau setakat ini hasil sumbangan orang ramai.


Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil pula menyifatkan pencapaian tersebut sebagai 'lembab dan gagal.


Menurut beliau lagi, jika diukur berdasarkan markah peperiksaan, pencapaian tersebut boleh diberikan markah 'F' atau gagal sepenuhnya.


Sebelum ini, Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul menyatakan pengagihan 150,000 buah laptop kepada pelajar akan dilaksanakan pada bulan Februari 2021.


Namun, Menteri Pendidikan Malaysia, Mohd Radzi Md Jidin dalam sidang media secara maya hari ini melaporkan sebanyak 12,887 unit laptop telah diagihkan setakat ini kepada 95 buah sekolah.


"Manakala, 40,290 unit lagi akan selesai pada 12 Jun. Baki serahan 150,000 laptop akan selesai dibuat pada akhir September 2021," katanya.


Rakyat mengkritik kelemahan program pemberian laptop tersebut kerana ramai pelajar tidak dapat mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sejak dilaksanakan.


Ibu bapa turut menyatakan rasa terkilan kerana pihak Kerajaan tidak menunjukkan usaha bagi menyegerakan pemberian laptop bagi membolehkan anak-anak mereka mengikuti PdPR.


Seorang penguam muda, Lim Wei Jiet menyatakan Kerajaan Persekutuan sudah lebih tiga bulan memungkiri janji selepas pengumuman awal oleh Tengku Zafrul.


Seorang lagi netizen, Amer pula menyifatkan sidang media yang dibuat oleh Mohd Radzi hari ini sebagai "presentation" yang boleh mengalahkan Steve Job, tetapi laptop yang dijanjikan sejak Februari tersebut belum kelihatan.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page