top of page

Dasar BDR sektor awam jimat 334,000 liter bahan api

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

22 April 2026


PUTRAJAYA: Pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) membabitkan sektor awam sejak 15 April lalu merekodkan penjimatan bahan api sebanyak 334,000 liter bernilai RM678,000.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.


“Setakat hari ini, jumlah penjawat awam yang mendaftar di bawah program BDR mencecah 155,000 orang.


“Sejak 15 April sehingga semalam, dianggarkan penjimatan yang berjaya dilakukan berjumlah 334,000 liter minyak bersamaan penjimatan RM678,000,” katanya pada sidang media mingguan Kementerian Komunikasi hari ini.


Fahmi berkata, Jemaah Menteri telah meminta KSN untuk mendapatkan maklumat daripada sektor swasta bagi menilai keberkesanan keseluruhan pelaksanaan BDR.


Selain itu, katanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengingatkan agensi kerajaan memberi keutamaan terhadap langkah- langkah memastikan bekalan bahan bakar dapat dilanjutkan.


Sebelum ini kerajaan mengumumkan pelaksanaan dasar itu sebagai langkah strategik memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat.


Perdana Menteri ketika mengumumkan pelaksanaan BDR bagi sektor awam pada 1 April lepas, berkata dasar itu bertujuan mengurangkan penggunaan bahan api dan memastikan kemampanan bekalan tenaga negara.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page