top of page

Dasar perlindungan sosial negara perlu inklusif – Anwar

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

ree

9 Disember 2025


KUALA LUMPUR: Dasar perlindungan sosial negara termasuk penyediaan perkhidmatan penting seperti pusat rehabilitasi perlu dilaksana secara inklusif meliputi seluruh negara serta semua lapisan masyarakat.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, undang-undang dan peraturan berkaitan juga perlu diteliti semula agar pelaksanaan inisiatif dapat dipercepat dan memberi impak terbaik kepada rakyat.


Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) Kali Ke-9, Bil. 2 Tahun 2025 hari ini.


“Mesyuarat turut mengambil maklum penambahbaikan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dipacu Kementerian Ekonomi.


“Selain itu, pembentangan kertas kerja oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Bank Dunia dan Kementerian Ekonomi dalam usaha memperkukuh ekosistem perlindungan sosial negara,” katanya.


Anwar berkata, beliau turut menghargai penerbitan Statistik Perlindungan Sosial Malaysia 2024 sebagai rujukan penting dalam meningkatkan keberkesanan penyampaian dasar kepada rakyat.


Pada masa sama, beliau juga merakamkan tahniah kepada PERKESO atas pelantikan semula sebagai Presiden Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) bagi penggal 2026 hingga 2028, yang disifatkan sebagai pengiktirafan besar untuk Malaysia di pentas antarabangsa.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page