top of page

Dashboard MA63 dilancar esok

  • nabalunews
  • 13 minutes ago
  • 1 min read

27 Januari 2026


KUALA LUMPUR: Dashboard Status Pelaksanaan Perkara di Bawah Perjanjian Malaysia 1963 (Dashboard MA63) akan dilancarkan esok (28 Januari) di Parlimen.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud, berkata Dashboard MA63 membolehkan rakyat mengakses maklumat sahih berkaitan 29 tuntutan utama MA63 tanpa dipengaruhi bias politik atau ketidakpastian maklumat.


“Dashboard ini boleh diakses menerusi portal rasmi Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri (BHESS, JPM),” katanya dalam satu kenyataan semalam.


Menurutnya, majlis pelancaran berkenaan akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof.


Tambah beliau, jemputan rasmi turut diedarkan kepada semua Ahli Dewan Negara dan Ahli Parlimen, mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh ketelusan dan pemantauan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


“Pelaksanan MA63 kini menjadi agenda nasional, bukan sekadar terhad kepada agenda Sabah dan Sarawak,” katanya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page