Datuk Ewon Sumbang RM20,000 Bagi Pembinaan Ruang Terbuka Masjid Kg Lobong Lobong
- nabalunews
- Sep 16
- 1 min read

14 September 2025
KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.11 Kadamaian, Datuk Ewon Benedick telah menyumbangkan sebanyak RM20,000 bagi tujuan pembinaan Ruang Terbuka Masjid Kg Lobong Lobong di sini, hari ini.
Penyerahan sumbangan tersebut disampaikan secara rasmi oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Lobong Lobong, Saudara Saudin Solinu kepada Pengerusi Masjid Abu Bakar As-Siddiq Kg Lobong Lobong, Tuan Nizam dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di perkarangan masjid berkenaan.
Turut hadir menyaksikan penyerahan itu ialah Tuan Imam Lasimin serta barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid yang bersama-sama menunjukkan sokongan terhadap usaha menaik taraf kemudahan masjid untuk keselesaan jemaah dan kariah setempat.
Diharapkan dengan adanya sumbangan ini, pembinaan ruang terbuka tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar demi manfaat bersama warga Kg Lobong Lobong serta memperkukuh peranan masjid sebagai pusat komuniti dan ibadah.


















Look a little ahead of your icon to maintain steady focus. When the level's dynamic speed adjustments are engaged, this visual anticipation gives your brain an extra fraction of a second to process the upcoming geometry dash 2
As both a passionate gamer and a winter sports enthusiast, I’ve spent countless hours on the slopes of Snow Rider, and I can say without hesitation that this title stands out as a game-changer in the world of virtual snowboarding.