• Ilona Andrew

Dewan Rakyat lantik Lim Guan Eng sebagai ahli jawatankuasa pemilih


12 Okt 2021

Oleh Ilona Andrew


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini telah meluluskan usul pelantikan Anggota Parlimen Bagan Lim Guan Eng sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang ke-14.


Beliau menggantikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.


Usul yang dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menurut Perintah Tetap 76 itu telah disetujui dengan suara majoriti oleh anggota dewan.


Lima anggota Jawatankuasa Pemilih yang lain termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Port Dickson); Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Ahli Parlimen Bagan Datuk); dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Ahli Parlimen Marang).