Dr Fuziah Terus Diberi Kepercayaan Sebagai Setiausaha Agung PKR
- nabalunews
- Jun 21
- 1 min read

21 Jun 2025
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh dilantik semula sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), hari ini.
Keputusan sebulat suara itu dibuat semasa Mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.
Difahamkan, mesyuarat turut memutuskan beberapa pelantikan semula termasuk William Leong sebagai Bendahari Agung dan Datuk Fahmi Fadzil sebagai Ketua Penerangan parti berkenaan.

Fahmi dalam kenyataan hari ini berkata, Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Bersama.
Selain itu katanya, Saifuddin turut dilantik sebagai Ahli Biro Politik manakala Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud kekal menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah.
"Mesyuarat turut merakam setinggi-tinggi perhargaan atas pengorbanan, sumbangan serta khidmat bakti bekas Timbalan Presiden dan pimpinan lainnya.
“Saya berharap agar mereka akan masih memberi sumbangan kepada parti dan perjuangan," katanya.
Fahmi berkata, mesyuarat turut membincangkan beberapa isu semasa termasuk perihal geopolitik dan ekonomi global.
Katanya, turut dibincangkan tahap persiapan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah.


















Comments