DUA KLUSTER BAHARU DIREKODKAN HARI INI DI KUNAK DAN TAWAU
top of page
  • nabalunews

DUA KLUSTER BAHARU DIREKODKAN HARI INI DI KUNAK DAN TAWAU


Gambar Hiasan

17 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Dua kluster baharu direkodkan hari ini dikenali sebagai Kluster Sungai Langgas di Kunak dan Kluster Jalan Imam Jalilul di Tawau. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kluster Sungai Langgas melibatkan komuniti di Kg Langgas.

“Kes indeks merupakan anak perempuan kepada Imam Masjid Al-Mansa, 21, yang disahkan positif RTK-Ag 100 peratus selepas menjalani saringan bergejala di Hospital Kunak pada 04 Mei 2021,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini. Masidi berkata, saringan kontak rapat yang bermula 07 Mei lalu mendapati lima kes positif RT-PCR termasuk bapa kepada kes indeks serta ahli keluarga yang lain. “Saringan sampel kedua (ulangan) pada 10 hingga 11 Mei 2021 pula mengesan 11 lagi kes positif RTK-AG iaitu dua kes hasil saringan kontak dan sembilan kes daripada saringan bersasar. “Turut dijangkiti, dua kes di Fever Center Hospital Kunak pada 10 Mei lalu dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 19 kes,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan penelitian, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan daripada bapanya yang telah merebak kepada para jemaah lain. Bagi Kluster Jalan Imam Jalilul Tawau pula ia mula dikesan apabila kes indeks iaitu guru lelaki, 41, di SK Pasir Putih dan tinggal di Kuaters SMK Pasir Putih menjalani saringan bergejala pada 07 Mei 2021. Masidi berkata, daripada 32 kontak rapat yang disaring, 10 lagi kes positif berjaya dikesan iaitu dua kes di Kuaters SMK Pasir Putih, enam kes di Kg Tg Batu Darat dan dua kes di Taman Semarak sekaligus mencatat jumlah terkini bagi kluster ini ialah 11 kes. “Berdasarkan maklumat awal, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika berbuka puasa di rumah abangnya, di Jalan Imam Jalilul, Tg Batu Darat pada 02 Mei lalu. “Selain itu, jangkitan terhadap kes indeks berkemungkinan berlaku ketika kes indeks menunaikan solat terawih setiap hari di Masjid Jideen berhampiran Tanjung Batu Darat,” katanya. Beliau berkata, setakat ini, pengesanan kontak rapat dan siasatan punca jangkitan sedang giat dijalankan.



bottom of page