Dua menteri, seorang timbalan menteri digugurkan dalam Kabinet baharu
- nabalunews
- 2 days ago
- 1 min read

16 Disember 2025
PUTRAJAYA: Dua Menteri dan seorang Timbalan Menteri digugurkan dalam barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Menteri yang digugurkan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar.
Zaliha digantikan Hannah Yeoh yang sebelum ini Menteri Belia dan Sukan, manakala jawatan dikosongkan Mohd Na'im diisi timbalannya, Senator Dr Zulkifli Hassan.
Sementara itu, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K Saraswathy digugurkan dan digantikan Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran.
Pelantikan itu adalah langkah penstrukturan semula bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran serta memastikan pelaksanaan dasar kerajaan berjalan lebih berkesan.
Secara keseluruhan, tujuh Menteri dan Timbalan Menteri daripada Kabinet lama tidak lagi berada dalam Jemaah Menteri baharu, termasuk tiga yang mengumumkan meletakkan jawatan serta seorang yang tamat tempoh Senator.
Mereka ialah Datuk Seri Rafizi Ramli (Menteri Ekonomi); Nik Nazmi Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam); Datuk Ewon Benedick (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi) dan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).


















Comments