DUN Sabah bersidang 24 Ogos iniDUN Sabah bersidang 24 Ogos ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

DUN Sabah bersidang 24 Ogos ini



3 Ogos 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan diadakan selama tiga hari bermula 24 Ogos ini.


Perkara itu terkandung dalam Warta Kerajaan Sabah keluaran khas yang dimuatnaik dan boleh diakses secara maya pada 30 Julai.


Menurut muatan itu, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin bersetuju memanggil Dewan Undangan Negeri Sabah supaya bersidang dan menetapkan 24, 25 dan 26 Ogos 2021 sebagai tarikh bagi mengadakan mesyuarat Pertama dalam penggal kedua DUN Sabah.

bottom of page