top of page
  • Wartawan Nabalu News

Taklimat agensi KUSKOP dorong pembangunan usahawan tempatan


26 April 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


TELUPID: Agensi kerajaan pemangkin usaha kerajaan membantu usahawan-usahawan tempatan khususnya di pendalaman Sabah.


Inisiatif kerajaan ini diterjemah melalui taklimat agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) seperti TEKUN Nasional, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan INSKEN yang telah diadakan di Dewan Kampung Telupid baru-baru ini.


Ketua Pemuda UPKO Felix Joseph Saang berkata, taklimat itu memberi manfaat dan membantu pembangunan para usahawan-usahawan tempatan.

"Syabas dan tahniah kepada seluruh perserta yang telah menyertai taklimat tersebut.


"Semoga daerah Telupid akan melahirkan lebih ramai usahawan-usahawan yang berjaya," kata Felix.


Program tersebut dianjurkan oleh Persatuan Peniaga Telupid.


Hadir sama dalam taklimat itu ialah Setiausaha Politik kepada Menteri KUSKOP, Carl Moosom, Timbalan Pengerusi INSKEN, Datuk Dr Laurentius Ambu, Penolong Pegawai Daerah Telupid Muhammad Nasrul Omar, dan para pegawai agensi KUSKOP.


Diharapkan dengan adanya taklimat ini, lebih ramai usahawan tempatan di Telupid dapat memperkasa perniagaan mereka dan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi daerah ini.

コメント


bottom of page