• nabalunews

EKONOMI, KETIDAKSAMAAN KAUM ISU UTAMA PILIHAN PENGUNDI AMERIKA BERBANDING COVID-19 - TINJAUAN


4 NOV 2020


MOSCOW: Masalah ekonomi dan ketidaksamaan kaum isu utama yang menjadi perhatian pengundi Amerika, sementara pandemik COVID-19 berada di kedudukan ketiga, lapor Agensi Berita Sputnik memetik tinjauan stesen penyiar CNN pada pilihan raya Amerika Syarikat (AS).

Menurut tinjauan itu, 34 peratus peserta yang mengambil bahagian lebih mengutamakan keadaan ekonomi di negara ini, 21 peratus lagi memilih ketidaksamaan kaum. 

Wabak COVID-19 hanya merangkumi 18 peratus, walaupun Amerika Syarikat (AS) negara paling teruk terjejas di dunia.


Sebanyak 11 peratus lagi memilih isu jenayah dan keselamatan serta polisi penjagaan kesihatan.

Tinjauan turut mendapati 51 peratus peserta memberi penilaian negatif terhadap usaha negara memerangi pandemik COVID-19, manakala 48 peratus sebaliknya. 

Mengenai keyakinan pengundi terhadap prosedur pilihan raya: 46 peratus percaya sepenuhnya undi mereka akan dikira dengan adil, 40 peratus agak yakin dan 12 peratus lagi ragu-ragu. 


Tinjauan itu membabitkan 7,774 pengundi di 115 saluran mengundi serta 4,919 pengundi awal dan tidak hadir.  - Bernama

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com