Ewon adakan lawatan kerja dua hari ke Perlis
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon adakan lawatan kerja dua hari ke Perlis

Ewon meninjau persiapan akhir program Karnival Usahawan dan Jualan Mega Madani Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) 2024.

23 Februari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA PERLIS: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mengadakan lawatan kerja dua hari ke Perlis bermula hari ini.


Beliau memulakan lawatan dengan meninjau persiapan akhir program Karnival Usahawan dan Jualan Mega Madani Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) 2024, di Pasar Tani Kekal Simpang Empat.


Majlis ini akan disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, pada 24 Februari (esok).

Kemudiannya Ewon memenuhi undangan ke program malam mesra santai bersama pimpinan dan ahli-ahli Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) di rumah kediaman Pengerusi Perhubungan Negeri Perlis (PKBM) Hajah Norhayat Hashim.


“Ini merupakan susulan pertemuan semasa kunjungan PKBM di pejabat saya di kementerian beberapa minggu lepas di mana saya bersetuju menyantuni ahli-ahli persatuan sempena lawatan kerja saya di Perlis hari ini dan esok.


“Dalam pertemuan ini, saya berkongsi beberapa statistik serta inisiatif kerajaan dan kementerian saya yang berkaitan dengan perkhidmatan kontraktor.

Program malam mesra santai bersama pimpinan dan ahli-ahli PKBM.

“Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) diletakkan di bawah kementerian saya dan sudah tentunya saya harus mendengar daripada pemegang taruh terkait dengan perkhidmatan kementerian, agensi dan pusat ini,” katanya.


Turut hadir Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) Datuk Dr. Azman Yusoff, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis Prof. Dato’ Ts. Dr. Zaliman Sauli, Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia, Dato’ Izham Dato’ Omar Merican, Pengerusi Biro Kontraktor Muda, Dato’ Mohd Faizal Daud dan Pengerusi Perhubungan Negeri Perlis (PKBM) Hajah Norhayati Hashim.

Ewon meluangkan masa mendengar cadangan dan keperluan ahli-ahli persatuan.

bottom of page