top of page

Ewon dahului 10 penerima anugerah Jaksa Pendamai mengangkat sumpah

nabalunews

16 Januari 2025


KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mendahului upacara mengangkat sumpah sebagai Jaksa Pendamai di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, di sini, hari ini.


Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr Joachim dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Profesor Datuk Dr Kasim Mansor menyusuli upacara tersebut.

Turut mengangkat sumpah ialah Datuk Zakaria Mohd Idris, Datuk Guan Hock, Koh Siew Boon, Datuk Liew Kim Choong, Bakri @ Norzaidi Ali Omar, Juddy Chu Yen Tien dan Yee Tsai Yiew.


Kesemua sepuluh orang Jaksa Pendamai tersebut mengangkat sumpah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Datuk Celestina Stuel Galid susulan kurniaan anugerah tersebut oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah pada Oktober tahun lalu.

Majlis angkat sumpah turut dihadiri oleh Majlis Jaksa-Jaksa Pendamai Sabah (MAJAPS) yang diketuai oleh Presiden MAJAPS Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos Malakun.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page