top of page

Ewon ketuai delegasi KUSKOP lawatan kerja ke Riyadh

  • nabalunews
  • Nov 4, 2024
  • 1 min read

Updated: Nov 4, 2024

Mengadakan perbincangan dengan Timbalan Ketua Setiausaha KUSKOP dan pegawai-pegawai kementerian berkenaan lawatan kerja ke Riyad

4 November 2024


PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mengetuai delegasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi lawatan kerja di Riyadh, Arab Saudi selama dua hari.


Dalam lawatan kerja tersebut, Ewon akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Menteri Perdagangan Arab Saudi Dr Majid Abdullah.


Mesyuarat tersebut merupakan susulan kunjungan hormat Dr Majid kepada Ewon pada 7 Mei yang lalu.


Ewon turut akan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman di antara agensi-agensi KUSKOP iaitu SME Corp dan PERNAS dengan Small and Medium Enterprises General Authority (Monsha'at) Arab Saudi bagi memperkukuh kerjasama strategik.


Ewon turut akan mengetuai 30 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS), francais dan koperasi negara dalam pemeran perniagaan PKS terbesar di Arab Saudi - BIBAN24.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page