Ewon mengiringi Perdana Menteri, dalam lawatan lima hari ke Berlin
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon mengiringi Perdana Menteri, dalam lawatan lima hari ke Berlin

11 Mac 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


BERLIN: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick memulakan lawatan kerja, hari ini dengan menghadiri mesyuarat pre-council bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia.


Ewon bersama Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengiringi Perdana Menteri dalam lawatan lima hari (10 hingga 15 Mac ini) ke Jerman.


Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan agensinya iaitu SME Bank dan SME Corp akan menyertai SME Future Day anjuran Persatuan Perniagaan Kecil dan Sederhana Jerman (Bundesverband mittelständische Wirtschaft - BVMW), bermula Rabu ini.

Empat syarikat perusahaan sederhana negara dan dua syarikat francais turut menyertainya. Perdana Menteri dijangka melawat booth kementerian yang dikelolakan oleh KUSKOP.


Selepas mesyuarat mesyuarat pre-council, delegasi Malaysia melawat Siemens Energy yang menjadi antara peneraju sektor tenaga berasaskan hidrogen.


Siemens mempunyai pelaburan dan kerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Malaysia. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia mempunyai potensi penyertaan dan penglibatan dalam sistem rantaian bekalan oleh Siemens Energy.


Kemudiannya Ewon bersama Perdana Menteri dan delegasi Malaysia mengadakan pertemuan dengan Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier, di Bellevue Palace, Berlin.


Pertemuan itu, antaranya bertujuan untuk memperkasakan lagi kerjasama perdagangan dan hubungan diplomatik kedua-dua negara.



bottom of page