Ewon menziarahi kubur bapanya di Kg.Dungkahang
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon menziarahi kubur bapanya di Kg.Dungkahang

Ewon bersama ibunya.

27 Oktober 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Kehilangan seorang insan tersayang bergelar bapa amat menyedihkan apatah lagi bagi anak-anak kecil yang masih mengharapkan kasih sayang seorang ayah.


Begitu juga dengan Datuk Ewon Benedick yang kehilangan bapanya ketika beliau baru berusia enam tahun.


“Bapa saya meninggal dunia ketika saya berumur enam tahun,” kata anak sulung daripada dua orang adik beradik itu.


Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Penampang itu berkata, beliau bersama ibunya akan meluangkan masa setiap tahun menziarahi kubur bapanya di Tanah Perkuburan Kristian Kg.Dungkahang, di sini.

“Selepas kematian bapa saya, kami kembali ke kampung halaman ibu saya di Kg.Kiau Taburi Kota Belud,” katanya yang dilahirkan di rumah bapanya di Kg Penampang Proper pada tahun 1983 dan dibesarkan di Penampang sehingga bapanya meninggal dunia.


Ewon bersekolah di SK. Kiau, SMK Bundu Tuhan dan SM St.Micheal Penampang (Tingkatan 4 dan 5).


Selepas itu beliau meneruskan pengajian di Universiti Teknikal Malaysia Melaka dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian).


Ewon yang juga Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, kesukaran hidup pada zaman kanak-kanaknya membuatkannya lebih tabah dan cekal menghadapi pelbagai cabaran hidup.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page