Ewon rasmi pembinaan eko pelancongan usahawan orang asli Perak
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon rasmi pembinaan eko pelancongan usahawan orang asli Perak


20 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


SLIM RIVER (PERAK): Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick merasmikan pembinaan pusat pelancongan Eko Jerawok di Kampung Sungai Jerawok, di sini, kelmarin.


Beliau berkata, eko pelancongan adalah satu produk pelancongan yang amat popular bukan sahaja dikalangan pelancong tempatan tetapi luar negara.


“Di Kadamaian dan Penampang iaitu kawasan yang saya wakili, ramai usahawan mengusahakan eko pelancongan seperti di Eko Jerawok, sama ada melalui koperasi atau secara individu.


“Sebab itu, saya hadir untuk memberi sokongan penuh kepada pengusaha eko pelancongan luar bandar atau pelancongan komuniti di sini dan berharap apabila siap sepenuhnya, pusat pelancongan ini akan menjadi antara pilihan utama pelancong,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembinaan pusat pelancongan, Eko Jerawok di Kampung Sungai Jerawok, di sini, kelmarin.


Eko pelancongan itu diusahakan oleh tiga usahawan wanita orang asli dan menerima pembiayaan daripada Tekun Nasional sebanyak RM60,000 melalui Skim Pembiayaan Orang Asal.

Ewon berkata, kerajaan perpaduan memberikan perhatian seimbang kepada semua lapisan masyarakat di negara ini termasuk bumiputera, bukan bumiputera, orang asal Sabah dan Sarawak.


“Kita seharusnya berbangga kerana kerajaan memberi perhatian keperluan semua masyarakat di negara ini seperti yang termaktub dalam perlembagaan,” katanya.

bottom of page