top of page

Imej palsu galak tanam ganja, pejabat Mohamad Sabu lapor MCMC

  • nabalunews
  • Apr 14
  • 1 min read

14 April 2026


KUALA LUMPUR: Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan sekeras-kerasnya penyebaran imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad Sabu menggalakkan penjawat awam menanam ganja di rumah.


Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata kenyataan tersebut adalah fitnah dan manipulasi digital yang tidak benar serta boleh mengelirukan orang awam.


“Sehubungan itu, laporan rasmi telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk siasatan dan tindakan lanjut terhadap pihak yang terlibat.


“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan kandungan palsu serta sentiasa merujuk saluran rasmi bagi mendapatkan maklumat yang sahih,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.


Pejabat itu juga turut berkongsi tangkap layar hantaran media sosial yang memaparkan gambar Mohamad bersama pokok ganja dengan tulisan ‘Mat Sabu cadang penjawat awam tanam ganja di rumah susulan konflik di Asia Barat’.


Pada awal Mac lalu, Mohamad pernah membuat kenyataan menggalakkan penjawat awam supaya memulakan tanaman sayur di rumah sebagai langkah persediaan sekiranya konflik di Asia Barat kekal berlarutan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page