top of page
nabalunews

Ewon salurkan bantuan segera kepada mangsa ribut di Lasau Tintapon

4 November 2024


KOTA BELUD: Sejak atap rumahnya mengalami kerosakan serius akibat diterbangkan angin kencang pada 26 Oktober lalu, Ketua Kampung Lasau Tintapon, Kadamaian, di sini, Apar Panggandai dan keluarganya terpaksa menjalani kehidupan seharian dalam suasana kurang selasa lebih-lebih lagi ketika berdepan cuaca yang tidak menentu seperti hujan lebat dan panas terik.


Namun kini, kesulitan hidup yang dialami Apar dan keluarganya bakal berakhir menerusi bantuan berbentuk peralatan dan barang keperluan membaiki atap rumah hasil inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, yang sentiasa komited membantu masyarakat setempat bagi memastikan kesejahteraan penduduk yang ditimpa bencana, sentiasa terbela.


Sumbangan ini disampaikan kepada Apar, di kediamannya di Kampung Lasau Tintapon, Kadamaian, hari ini oleh Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kota Belud, Dumah Ondahal.


Menurut Dumah, bantuan ini adalah untuk memastikan kesejahteraan dan keselesaan penduduk sentiasa terjaga dan terpelihara, terutamanya kepada Apar, isterinya, dan seorang saudara isterinya, yang memerlukan bantuan segera akibat menjadi mangsa bencana alam.


Apar merakamkan penghargaan kepada Ewon atas bantuan yang disampaikan.


Beliau berkata sumbangan ini amat besar maknanya di saat keluarganya memerlukan bantuan untuk mengharungi cabaran kehidupan.

Comments


bottom of page